Mesej / pengumuman terkini:

"Starting at 10.00 am 28 April 2012 and finishing at 10 am April 2012

Artikel Terkini:

TUNDA LAGI UNTUK KALI KE ENAM

December 12, 2011 Info Terkini No Comments

12 Dis 2011 –Program cabaran solo Stair Climbing Vertical Height in 24 hours (up and down) yang akan dilakukan oleh pandaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin pada 30 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 terpaksa di tunda lagi untuk kali ke enam kepada tarikh baru iaitu 27 hingga 29 April 2012 kerana pihak AJK penganjur gagal mendapat sebarang penaja korporat bagi menampung kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Penundaan ini terpaksa dilakukan kerana penganjur gagal memperolehi penajaan terutama bagi membiayai kos perbelanjaan bagi pengiktirafan oleh Guinness World Records sebanyak RM80 ribu (termasuk kos Fastraks, lesen penggunaan logo, Penginapan, pengangkutan darat, penerbangan, yuran dan sebagainya) untuk wakil GWR hadir menyaksikan dan mengiktiraf cabaran rekod baru dunia ini.

Kos pengambaran video untuk rekod pendakian sekurang-kurang menggunakan 10 kamera video yang berkualiti tinggi untuk live (NCP) yang bleh dipancarkan terus ke kaca televisyen dan juga ke internet (laman sesawang www.pendakisolo.com) yang boleh disaksikan oleh semua selama 24 jam  itu sebanyak RM70 ribu.  

Sementara itu, kos lain sebanyak RM100 ribu pula ialah untuk pentadbiran, promosi, makan minum,peralatan, pakaian, urusetia, majlis perlepasan, majlis penyampaian sijil rekod, acaran sampingan dan sebagainya.

Kos latihan dan persiapan diri pendaki solo hanya la sebanyak RM40 ribu sahaja yang mana kos ini telah bermula sejak latihan dilakukan sejak pertengahan tahun 2010 (sebelum ini beliau banyak  menggunakan perbelanjaan sendiri. 

 Namun begitu, pihak penganjur telah menetapkan tarikh baru iaitu 27 hingga 29 April 2012 sebagai tarikh cabaran yang baru.  Pendakian akan bermula pukul 10 pagi pada 28 April dan akan tamat pukul 10 pagi pada 29 April. 

Namun begitu, pendaki solo tetap menjalani latihan seperti biasa dengan mendaki tangga, mendaki bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Tebu dan Gunung Kinabalu  dan sebagainya bagi memastikan tahap kecegasan dan stamina berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia.

Pendaki solo sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama dengan Majlis Promosi Kesihatan (MySihat), Majlis Sukan Angkatan Tentera, dan beberapa agensi lain untuk sama-sama menjayakan program yang bertaraf dunia ini.

Pendaki Solo juga sedang berusaha menjalin hubungan dengan wakil The Discovery Channel bagi tujuan promosi ini.

Semua AJK yang dilantik oleh Kelab Rekreasi Kota sebagai penganjur terpaksa akur atas perubahan tarikh itu tetapi teta bersemangat untuk kejayaan yang bakal dilakukan oleh pendaki solo negara di dalam negara sendiri.  -

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

JADUAL LATIHAN DAN AKTIVITI PENDAKI SOLO

October 24, 2011 Info Terkini No Comments

Stair Climbing Vertical Height in 20 hours

NOVEMBER 2011

10/11/11                     Mendaki tangga / pengurusan

11/11/11                     Latihan mendaki tangga  / Pengurusan

12-13/11/11                Mendaki tangga / Bukit Tabor atau Broga

15/11/11                     Mendaki tangga di Menara Kuala Lumpur siri 1 (3-4 jam)

16/11/11                     mendaki tangga /pengurusan

17/11/11                     mendaki tangga /pengurusan

19/11/11                     mendaki di Bukit Broga / tangga

20/11/11                     Sidang akhbar

22/11/11                     mendaki tangga di Menara Kuala Lumpur siri2 (6 jam)

26/11/11                     mendaki Bukit Broga / tangga

27/11/11                     mendaki Bukit Tabuh /tangga

28/11/11                     latihan Bukit Tabuh / tangga

29-30/11/11                Latihan tangga

 

Disember 2011

01-07/12/11                Latihan di Gunung Kinabalu /Road Show di UMS

09-14/12/11                latihan di tangga / Bukit Tabuh atau Broga

15/12/11                     latihan mendaki di Menara Kuala Lumpur siri 3  (8-10 jam)

17-18/12/11                latihan di tangga/ Bukit Broga

19-22/12/11                Latihan di tangga

24 /12/11                   latihan mendaki di menara Kuala Lumpur siri4 (8 jam)

25/12/11                     sidang akhbar dan penyerahan penajaan akhir

27-28/12/11                Persiapan di Menara KL

29/12/11                     Perasmian pameran pendaki SOLO di Menara KL

30/12/11                     Start pendakian (12 tengah malam)

(perlepasan Oleh YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

31/12/11                     Tamat pendakian (12 tengah malam)

                                    (Penamat oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin)

01-07/01/12                Program susulan / pameran di KL Tower

09 atau 10/01/12        penyerahan sijil penghargaan petugas  dan sukarelawan

 

** Jadual terkini Road Show bersama pelajar IPTA sedang dikemaskini

 

** Jadual ini tertakluk kepada perubahan**

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

STAIR CLIMBNG VERTICAL HEIGHT 24 HOURS

October 23, 2011 Info Terkini No Comments

Menteri Pertahanan Malaysia yang juga selaku penaung kepada program Stair Climbing Vertical Height in 24 hours, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan pendakian yang dilakukan oleh pendaki  SOLO yang melakukan pendakian selama 24 jam tanpa henti di tangga Menara Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011 pukul 12 tengah malam.menara

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir untuk menerima sijilpengiktirafan  Guinnees World Records daripada  wakil WGR dari London untuk diserahkan kepada pendaki SOLO sebaik sahaja pendakian selesai tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Disember 2011.

Majlis penyerahan akan dilakukan di awal tahun baru pada 1 Januari 2012.

pendaki SOLO akan melakukan sekurang-kurang 70 kali pendakian di tangga yang mempunyai sebanyak 2,058 anak tangga dengan jarak keseluruhan 19,740 meter dalam tempoh 24 jam.

Sebelum ini, pendaki Switzerland, Kurt Hess di tangga Menara Esterli, Lenzburg, Switzerland, sebanyak 413 kali pada ketinggian 45 meter pada 2007. Beliau melakukan pendakian sejauh keseluruhan 18,600 meter dalam tempoh 24 jam.

Jika pendaki SOLO berjaya, nama beliau akan dimasukkan di dalam Guinnees World Book of Records sebagai mengantikan nama Kurt Hess.

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

latihan pendaki solo

October 5, 2011 Info Terkini No Comments

taburnewWalapun cabaran pendakian untuk mencipta rekod baru dunia  dilakukan pada akhir tahun ini, pendaki solo tetap menjalani latihan supaya sentiasa berada dalam bersedia.

Minggu lepas beliau trut membuat pendakian di Bukit tabur bersama team bagi memantapkan lagi fizikal.

Pendakian di menara Kuala Lumpur akan dilakukan pada 30Disember  bermula pukul 23.59 malam dan tamat pula pkul 1.59 pada 31 Disember tahun ini.

Pendakian akan dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur tanpa henti dalam tempoh 24 jam.

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Pendakian SOLO dijangka pada 30-31 Disember ini

August 31, 2011 Info Terkini No Comments

Selepas lima kali terpaksa menangguhkan pendakian untuk mencipta rekod baru dunia, pendaki SOLO menjangkakan dapat melakukan pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam pada 30 hingga 31 Disember 2011.

Pendakian itu terpaksa ditangguh kerana masalah perbelanjaan yang tidak mencukupi bagi menampung kos wakil daripada Guinness World Records yang berpengkalan di London, dekomantasi rekod, latihan, dan perbeanjaan lain sepanjang pendakian yang dilakukan selama 24 jam tanpa henti itu nanti.

 Beliau akan melakukan percubaan dengan mendaki sebanyak 70 kali anak tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti bermula pukul 12 tengah malam pada 30 Disember dan akan berakhir tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Disember ini.

Rekod lama yang dilakukan oleh pendaki Switzerland, Kurt Hess yang berjaya melakukan pendakian di Menara Esterli, Switzerland pada tahun 2007 bakal dicabar oleh beliau pada Disember ini.
“Sebenarnya, jika nak memecahkan sesuatu rekod dunia, saya perlu buat di menara yang sama di Switzerland, tetapi saya berjaya memberi keyakinan kepada Guinness World Records bahawa tangga Menara Kuala Lumpur mempunyai cabaran sekali ganda jika dibandingkan dengan di Menara Esterli.
“Ini kerana suhu di dalam Menara Esterli lebih sejuk dan udara atau angin dapat keluar masuk dengan ketinggian hanya 45 meter, sedangkan keadaan di dalam Menara Kuala Lumpur lebih panas kerana ia tertutup dan saya akan naik turun setinggi 282 meter minimum sebanyak 70 kali dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.
  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Foto terbaru baby pendaki solo

August 24, 2011 Info Terkini No Comments


–>

MMS (Live Blogging)

Foto terbaru baby pendaki solo, originally uploaded by PendakiSOLO.

Multimedia Message

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

PENDAKI SOLO RASMI HARI KOKURIKULUM

July 31, 2011 Info Terkini No Comments

HARI KOKURIKULUM SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARAKUALA LUMPUR, 29 JULAI 2011 — Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin yang juga jurugambar Utusan Mlaysia telah diberi penghormatan untuk merasmikan hari Kokurikulum SMK Seksyen 4, Kota Damansara hari ini.

lebih 1,800 pelajar sekolah yang menyertai pelbagai aktiviti sejajar dengan 1 sukan 1 murid di jalan kan selama sehari itu.

Gambar menunjukkan sebahagian pelajar mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan Pendaki Solo Negara  yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin dan artis popular, Datin Seri Tiara Jacquelina selepas majlis pemerasmian Hari Kokurikulum kali ke 7, SMK Seksyen 4, Kota Damansara semalam. Turut sama ialah Pengetua Sekolah tersebut,  Datin Zuraidah Mohamad (empat dari kanan).

Sebanyak 10 pertandingan diadakan pada hari ini yang membabitkan 1,800 pelajar sekolah itu termasuklan pertandingan memasak, menyumpit, dart, kanaddi, bola keranjang, bola tampar, basikal lambat dan juga karon. Para pelajar juga membuat persembahan zapin, citrawarna, nasyid serta menyertai pertandingan fotorgafi .

  • Blogger Post
  • Multiply
  • Bookmarks.fr
  • Sphere
  • Twitter
  • Yahoo Mail
  • MySpace
  • Yahoo Messenger
  • Gmail
  • Hotmail
  • WordPress
  • FriendFeed
  • Webnews
  • Tagza
  • StartAid
  • Mozillaca
  • Google Reader
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Video Pilihan:

Gambar Pilihan :

Mesej :


Loading

WP Shoutbox
Only registered user allowed
:mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink::cry::eek::lol::mad::sad:8-)8-O:-(:-):-?:-D:-P:-o:-x:-|;-)8)8O:(:):?:D:P:o:x:|;):!::?:

Langganan Artikel:

Masukkan alamat email anda:

Pelawat Online:

  • 0 Pelawat Berdaftar Sedang Online
  • 3 Pelawat Biasa Sedang Online

Iklan:

Sila hubungi pihak kami untuk beriklan di pendakiSOLO.com {Klik}




Komen Terkini: