Monday , 26 June 2017

Home » Gambar » KPB STAIRCASE CLIMBING 2016

KPB STAIRCASE CLIMBING 2016

November 21, 2016 1:56 pm by: Category: Gambar, Info A+ / A-

Pendakian solo bagi mencipta rekod baharu dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti akan bermula pukul 10 pagi 23 Dis ini dan akan tamat pada pukul 10 pagi pada 24 Dis.

zzlogoCabaran ini dilakukan oleh pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin bertujuan untuk mencipta rekod baharu sebanyak 24 kali dalam tempoh 24 jam yang bakal diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Rekod sebelum ini yang dilakukan oleh beliau ialah 20 kali naik dan 20 kali turun pada tangga yang mempynyai 2,058 anak tangga dalam tempoh 24 jam pada tahun 2008.

Program mencipta rekod ini di anjurkan oleh dengan kerjasama Menara Kuala lumpur dan mendapat penajaan daripada Kopi Pak Belalang.

Sementara itu, turut membantu menjayakan program ini ialah Komuniti Anak Darul Iman (KADIM) Orang Bukit Malaysia (OKITA) AGmobile, dan rakan-rakan penggiat rekreasi.

Program ini mendapat sokongan kementerian Belia dan Sukan.

KPB STAIRCASE CLIMBING 2016 Reviewed by on . Pendakian solo bagi mencipta rekod baharu dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti akan bermula pukul 10 pagi 23 Dis ini dan akan ta Pendakian solo bagi mencipta rekod baharu dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti akan bermula pukul 10 pagi 23 Dis ini dan akan ta Rating: 0
scroll to top