Tuesday , 17 October 2017

Home » Gambar » Mohd. Noor sasar cipta rekod dunia, Malaysia

Mohd. Noor sasar cipta rekod dunia, Malaysia

January 14, 2017 2:47 pm by: Category: Gambar, Info A+ / A-

Tawan Banjaran Himalaya, Gunung Kinabalu tahun depan

27 Disember 2016 12:09 AMAsolo05
MOHD. NOOR MAT AMIN menaiki anak tangga Menara Kuala Lumpur yang mencipta rekod baharu dalam MBOR baru-baru ini. utusan/Abd Razak Latif

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin, 49, bercadang mencipta dua rekod baharu bagi dirinya dengan mendaki Banjaran Himalaya, Nepal dan Gunung Kinabalu, Sabah pada tahun hadapan.

Katanya, bagi Banjaran Himalaya, beliau akan mencipta rekod Malaysia dengan mendaki setinggi 5,530 meter sehingga ke kem di banjaran tersebut.

Beliau yang juga jurufoto Utusan Malaysia menjelaskan, akan bergerak ke Banjaran Himalaya pada Mac 2017 sebagai persiapan awal bertujuan mengekalkan kecergasan sebelum mendaki Gunung Kinabalu selewat-lewatnya Mei nanti.

“Bagi Gunung Kinabalu se­tinggi 4,095 meter pula, saya akan mencipta rekod dunia sempena kemerdekaan negara yang ke-60 dan juga usia kelahiran yang ke-50 saya pada 3 Februari nanti.

“Cabaran mendaki Banjaran Himalaya berbeza kerana keadaan permukaan Gunung Kinabalu turun naik sementara banjaran hanya mendaki sahaja. Oleh itu, saya memilih Banjaran Himalaya yang lebih tinggi berbanding Gunung Kinabalu bagi memastikan kecergasan sepanjang pendakian.

“Buat masa ini, saya berehat seketika sebelum meneruskan latihan seperti biasa dengan memanjat bukit dan gunung untuk persediaan mental serta fizikal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Noor berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tanpa henti selama 24 jam.

Walaupun gagal mencapai sasaran 24 kali, beliau tetap berjaya memahat namanya dalam MBOR sekali lagi selepas mendaki menara telekomunikasi ketujuh paling tinggi di dunia itu sebanyak 21 kali, berbanding rekod lamanya 20 kali pada 2008.

Sebelum ini, Mohd. Noor mencipta rekod dengan mene­rima pengiktirafan daripada MBOR sejak 2007 menerusi beberapa pencapaian solonya.

Mohd. Noor sasar cipta rekod dunia, Malaysia Reviewed by on . Tawan Banjaran Himalaya, Gunung Kinabalu tahun depan 27 Disember 2016 12:09 AM MOHD. NOOR MAT AMIN menaiki anak tangga Menara Kuala Lumpur yang mencipta rekod b Tawan Banjaran Himalaya, Gunung Kinabalu tahun depan 27 Disember 2016 12:09 AM MOHD. NOOR MAT AMIN menaiki anak tangga Menara Kuala Lumpur yang mencipta rekod b Rating: 0
scroll to top