Monday , 26 June 2017

Home » Info » Latihan HIMALAYA 2017

Latihan HIMALAYA 2017

February 23, 2017 9:59 am by: Category: Info A+ / A-

KATHMANDU, 23 Feb. 2017– Buat julung kalinya, saya akan berusaha untuk menjadi menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di enam puncak banjaran Himalaya yang berketinggian melebihi 5,000 meter dari aras laut bermula Mac ini.

Misi yang diberi nama Himalaya 2017 – Breaking Malaysia Records adalah usaha saya mengangkat nama negara sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada tahun ini.

Puncak-puncak yang akan didaki adalah Gokyo RI yang berketinggian 5,357 meter dari aras laut, Chola-La Pass (5,420 meter), Pokalde (5,806 meter), Kongma La Pass (5,500 meter), Khalapattar (5,550 meter) dan Kem Induk Everest (5,364 meter).

Konsep pendakian enam puncak di banjaran Himalaya ini sebagai satu gimik yang akan membangkitkan rasa ingin tahu dan seterusnya mengingatkan rakyat Malaysia kepada pengertian kemerdekaan.

Kejayaan ini nanti diharapkan dapat menjadi pendorong kepada golongan muda untuk meneruskan misi-misi lain pada masa akan datang bersesuaian dengan semangat ‘Malaysia Boleh.

Saya baru sahaja selesai menjalani latihan penyesuaian diri pada atitube tinggi di tengah pergunungan himalaya di Langtang, Nepal selama enam hari sejak 15 Februari lalu sebagai persediaan untuk misi Himalaya 2017 -Breaking Malaysia Records yang bermula pada 28 Mac ini selama hampir sebulan.

Saya bersama Pengurus Seven Star Treking & Tours, Rajesh Itani dan pembantunya Roshan menaiki bas dari Kathmandu selama lapan jam ke Syabruberi di Taman Negara Langtang dan terus memulakan trekking selama tiga jam dan bermalam di sebuah louge di situ.

Selepas itu, keesokkan harinya, pendakian agak pantas selama 10 jam dan menginap di Chhunama pada ketinggian 2790.

Pada 17 Februari, sebaik selesai makan pagi, tepat jam 7 pagi, pendakian diteruskan melalui lereng gunung semakin tinggi sehinggala sampai di Langtang Village yanb hanya tinggal 20 peratus sahaja akibat gempa bumi tahun 2015. Kami berhenti seketika sahaja sebelum meneruskan pendakian ke paras yang lebih tinggi.

Jam 4 petang kami tiba di last trek iaitu di Kanjin setinggi 3880 yang hanya terdapat beberapa hotel penginapan sahaja yang di buka. Keliharan agak sunyi dan sejuk sehingga 8 darjah celcius.

Kami berehat satu malam di salah sebuah hotel di situ satu malam bagi tujuan melihat tahap kecergasan terutama faktor AMS.

Saya tidak mengalami sebarang masalah sehingga paras ini, alhamdulillah…

Keesokkan harinya, kami telah kembali turun di laluan yanb sama dengan agak pantas sehinggalah tiba di  Lama Hotel pada ketinggian  2410 dan berehat satu malam.

19 Februari, sebaik selesai minum pagi, kami meneruska perjalanan turun sehinggala tiba kembali di permulaan pendakian di Syabruberi lebih kuranb jam 5 petang.

Kami telah bermalam di sebuah hotel di sini dan keesokkan harinya menaiki bas jam 7 pang ke Kathmandu. Perjalanan menaiki bas selama 15 jam mencatat rekod juga kerana terdapat sebuah lori rosak di tengah lereng gunung berhampiran  Dhunche.

Latihan HIMALAYA 2017 Reviewed by on . KATHMANDU, 23 Feb. 2017– Buat julung kalinya, saya akan berusaha untuk menjadi menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di enam puncak banjaran Himalaya KATHMANDU, 23 Feb. 2017– Buat julung kalinya, saya akan berusaha untuk menjadi menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di enam puncak banjaran Himalaya Rating: 0
scroll to top