Wednesday , 23 August 2017

Home » Gambar » LANGTANG VALLEY PENUH MISTERI

LANGTANG VALLEY PENUH MISTERI

March 11, 2017 3:49 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Tanggal 25 April 2015, duIMG-20170219-WA0007nia dikejutkan denga tragedi gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter berlaku di Nepal menyebabkan ribuan terbunuh dan kemusnahan ibu negara, Kathmandu.

Bangunan, rumah kediaman dan jalan-jalan mengalami kerosakan amat yang teruk menyebabkan kerajaan Nepal isytihar darurat ekoran bencana yang berlaku itu.

Turut mengalami gegaran ketika bencana gempa bumi itu termasuklah di Banjaran Himalaya, Pokhara dan juga di Langtang Valley yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Walaupun dua tahun berlalu, namun begitu ianya tetap menjadi mimpi ngeri kepada penduduk tempatan khususnya yang tinggal di tengah lereng banjaran gunung yang sukar dalam perhubungan khususnya dari segi bantuan.

Saya, telah mengambil peluang untuk menjejaki laluan pendakian di sekitar Langtang Valley sebagai persediaan dan latihan bagi menghadapi cabaran mencipta rekod dalam Himalaya 2017 – Breaking Malaysia Records yang bermula 28 Mac ini di Banjaran Himalaya.

Kebiasaanya, untuk pendakian sehingga trek terakhir Langtang Valley, iaitu di Kyangjing Gumba setinggi 3,850 meter, para pendaki akan mengambil masa antara lapan hingga 10 hari (keseluruhannya), Namun begitu, bagi memastikan tahap kecergasan dan kemampuan, saya hanya mengambil masa enam hari untuk menghabiskan pendakian ini. Saya bersama wakil agensi trekking, Seven Star Trekking & Tours, Rajesh Itani dan seorang pembantunya telah menaiki bas ekspress di Kathmandu dan menuju ke pekan Shyabrubensi, Rasuwa yang terletak di Taman Negara Langtang berhampiran dengan sempadan Tibet.

IMG-20170222-WA0008Selepas lapan jam menaiki bas yang melalui jalan yang sempit di celah-celah lereng gunung di tengah banjaran ini, terasa risau juga bila melihat curam yang amat merbahaya itu, akhirnya tiba di pekan yang berdebu seperti pekan koboi sahaja.

Walaupun baru pukul tiga petang, keadaan sekitar mula semakin sejuk dan kami bertiga mengambil keputusan untuk terus melakukan pendakian menuju ke laluan Langtang Valley sehinggalah hari semakin gelap menyebabkan kami telah berhenti di sebuah lorge untuk bermalam.

Keesokkan harinya, tepat pukul 7 pagi kami bergerak menuju ke paras yang lebih tinggi sambil melihat kesan gempa yang berlaku tahun 2015 sehingga tiba di Summit Guest House yang terletak di Thangshyap, pada paras ketinggian 3,200 meter.

Ketika berada di Summit Guest House itu, saya baru terjumpa dengan beberapa pendaki negara lain yang rehat seketika sebelum turun dari Langtang Valley.

Kami sempat berbual dan mereka agak terperanjat kerana pendakian kami ini amat pantas sekali. Keesokannya harinya pada 17 Februari, sebaik sahaja selesai minum pagi, tepat pukul 7 pagi, kami mula bergerak melalui di celah-celah laluan yang berbatu dan berdebu menuju ke Langtang Valley.

Sepanjang pendakian yang semakin memenatkan ini, saya dapati banyak rumah penginapan yang rosak teruk, serta tertimbus akibat runtuhan batu akibat gempa bumi dahulu menyebabkan penginapan di sepanjang laluan ini semakin kurang.

IMG-20170219-WA0001Pendakian terus dilakukan sehinggalah tiba di Langtang Valley, iaitu satu perkampungan gunung yang amat popular sebelum ini. Kelihatan banyak penginapan yang musnah dan hansur ditelan runtuhan batu.

Menurut Rajesh, hanya 30 peratus sahaja yang selamat daripada gempa dahulu, sementara selebihnya hancur dan sehingga kini masih belum dapat dibangunkan semula kerana kosnya yang terlalu tinggi dan ramai pemilik penginapan itu mati ketika gempa dahulu.

Di samping bercucuk tanam, penduduk yang tinggal di pergunungan ini, kebiasaanya ianya bergantung kepada kehadiran pendaki dan pelancong dengan menjadi porter, restoran dan juga membuka rumah penginapan. Jika pendaki dan pelancong kurang, maka sukarlah penduduk tempatan untuk menjana pendapatan terutama selepas gempa bumi hinggalah kini.

Kami meneruskan pendakian selepas makan tengahari di sebuah lorge di Langtang Valley menuju ke Kyangjing Gumba setinggi 3850 meter yang merupakan satu perkampungan terakhir di sini sebelum pendaki menuju ke puncak gunung.

Kelihatan di sini agak sunyi sahaja, hanya terdapat beberapa rumah penginapan ditutup kerana kekurangan pendaki dan pelancong ke sini. Terdapat sebilangan kecil pendaki yang menginap di sini ketika itu. Hanya kami bertiga sahaja yang menginap di Hotel View Point setinggi tiga tingkat itu.

Selepas minum petang, kami sempat meninjau kawasan sekitar sambil menikmati udara dan angin yang semakin sejuk. Selepas itu kembali ke hotel untuk berehat.

Keesokannya, kami bergerak turun meninggalkan kawasan Kyangjing Gumba sehinggalah sampai di Tibet Guest House pukul 6 petang untuk berehat satu malam sebelum menyambung perjalanan turun ke paras yang lebih bawah.

Ketika perjalanan turun ini lah, kelihatan beberapa pemuda sedang memikul kayu dan papan menuju melalui trek pendakian ke paras yang lebih tinggi, Menurut Rajesh, upah memikul kayu itu hanya dalam lingkungan Seribu Rupee Nepal (RM45) sehari, tetapi bergantung kepada berat.

Pada 19 Februari, kami bergerak turun melalui di celah lereng gunung sehinggalan tida di pekan Shyabrubensi lebh kurang pukul 5 petang dan menginap di sebuah hotel berhampiran dengan stesen bas.

Keesokkan harinya, tepat pukul 7 pagi kami telah menaiki bas menuju ke Kathmandu. Dalam perjalanan yang melalui jalan sempit di tengah lereng yang curam beberapa jam, akhirnya bas yang dinaiki itu terpaksa berhenti di tengah tebing yang curam ekoran terdapat sebuah lori yang rosak dan menunggu di baiki.

Kami semua terpaksa berjalan kaki selama 2 jam menuju ke pekan Rasuwa untuk makan tengahari sementara menunggu ketibaan bas yang terpaksa berhenti tadi itu tiba untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya, pukul 2 petang, bas itu tiba.

Perjalanan ini telah mengambil masa selama 15 jam untuk sampai di Ibu Kota Kathmandu. – habis

LANGTANG VALLEY PENUH MISTERI Reviewed by on . Tanggal 25 April 2015, dunia dikejutkan denga tragedi gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter berlaku di Nepal menyebabkan ribuan terbunuh dan kemusnahan ib Tanggal 25 April 2015, dunia dikejutkan denga tragedi gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter berlaku di Nepal menyebabkan ribuan terbunuh dan kemusnahan ib Rating: 0
scroll to top