Monday , 26 June 2017

Home » Gambar » MENDUGA ARAS HIMALAYA

MENDUGA ARAS HIMALAYA

June 6, 2017 4:51 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Pendakian solo untuk mencipta rekod sebagai yang pertama di Malaysia dan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records bukannya mudah dilakukannya, ia memerlukan pengorbanan diri untuk nencapai kejayaan.

Sebelum ini saya hanya mempunyai enam rekod, semuanya dilakukan di dalam negara, sempena kemerdekaan yang ke 60 tahun ini, dengan semangat NegaraKu Malaysia, saya akan melakukan pendakian enam puncak atas 5,000 meter di Banjaran Himalaya dalam tempoh sebulan.

Enam puncak yang didaki iaitu Pokalde (5806), Kongma La Pass (5500), Khalapattar (5550), Everest Base Camp(5364), Chola-La Pass (5420) dan Gokyo RI (5357).

Segala persiapan dilakukan dengan penuh berhati-hati setibanya saya di Kathmandu pada Ahad lepas bersama agensi pendakian iaitu Seven Star Adventure Holidays dan sherpa yang saya sepanjang pendakian.

Selepas perbincangan dilakukan bersama agensi dan sherpa ekoran cuaca di setengah kawasan pergunungan itu agak kurang baik menyebabkan perubahan menuju puncak dengan menuju ke puncak Pokalde (5806), Kongma La Pass (5500), Khalapattar (5550), Everest Base Camp(5364), Chola-La Pass (5420) dan Gokyo RI (5357).

Sebelum berlepas ke Lukla, saya sempat berjumpa dengan 12 pendaki Malaysia yang mebuat ekspedisi Everest Base Camp dan sempat beramah mesra dan memberi kata-kata semangat.bersama12 pendaki yang ke EBC bersama peseta Road to Annapurna di Kathmandu

Sementara itu, ketika makan malam sehari sebelum itu, saya juga terserempat dengan 60 peserta ekspedisi Road to Annapurna anjuran Kelab Media Pahang dan Bomba.

Saya dan Dewa Sherpa berlepas daripada aiport Kathmandu pada rabu dan mendarat di Lukla  Aiport pukul 7.40 pagi, selepas makan pagi, saya terus mendaki ke Pakding setinggi 260 meter.Tiba di Tenzing Hillary Aiport, Lukla iaitu lapangan terbang paling bahaya di dunia

Selepas tiga jam, saya dan sherpa tiba bersama 16 pendaki Rusia dan 12 pendaki Jepun yang menuju ke Everest Base Camp yg ketika itu menginap di lorge yang sama.

Pada sebelah petang, sebaik selesai makan tengahari, saya dan sherpa membuat penyesuaian di kawasan sekitar supaya keadaan diri yang baik.

Keadaan kawasan sekitar itu tidak terlalu sejuk pada waktu malam, namun begitu saya mengenakan pakaian yang sesuai terutama ketika waktu tidur.

Keesokkan harinya, saya dan sherpa mula bergerak meninggalkan Phakding pukul 8 pagi menuju ke paras yang lebih tinggi iaitu ke pekan Namche Bazaar.

Saya mengambil masa sehingga melebihi 6 jam trekking melalui beberapa jambatan gantung serta pendakian yang menegak terutama sebelum sampai di pekan Namche Bazaar pada pukul 3 petang.

DCIM100GOPROGOPR2791.JPGSaya terpaksa mempelahankan pendakian kerana terlalu penat menyebabkan agak lewat sedikit sampai di penginapan di sini. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat demi NegaraKu Malaysia.

Hari ini pula saya membuat penyesuan diri di sekitar kawasan Namche Bazaar dan akan bergerak ke Tenboche pada Sabtu dan di jangka ke puncak pertama iaitu Kongma-La Pass  pada 4 Mei ini.

MENDUGA ARAS HIMALAYA Reviewed by on . Pendakian solo untuk mencipta rekod sebagai yang pertama di Malaysia dan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records bukannya mudah dilakukannya, ia memerlukan Pendakian solo untuk mencipta rekod sebagai yang pertama di Malaysia dan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records bukannya mudah dilakukannya, ia memerlukan Rating: 0
scroll to top