Wednesday , 23 August 2017

Home » Gambar » KISAH PENDAKIAN BERMULA

KISAH PENDAKIAN BERMULA

June 6, 2017 5:09 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Semakin tinggi, semakin lemah kaki melangkah, dari Namche Bazaar menuju ke Dingboche setinggi 4,400 meter daripada aras laut dan lebih tinggi dari puncak Kinabalu.

bersama pendaki Russia Saya bersama Dawa Sherpa dari Seven Star Adventures meninggalkan Namche Bazaar pada 29 April selepas membuat penyesuaian diri selama dua hari di situ.

Tengboche setinggi 3,800 meter menjadi tempat persingahan satu malam sebelum meneruskan pendakian ke Dingboche setinggi 4,400 meter demi misi mencipta rekod untuk negara.

Pergerakan agak santai supaya tidak menghadapi masalah terutamama serangan AMS yang biasa terkena oleh pendaki yang tidak cukup oksigen ketika mendaki terutama di tengah banjaran ini.

Sepanjang pendakian hampir 7 jam ini, saya tidak kesepian kerana turut sama sekumpulan 12 pendaki Russia turut mendaki ke Everest Base Camp dan mengambil kesempatan untuk merakamkan seberapa banyak gambar untuk tatapan masa akan datang.

Akhirnya pukul 3 petang, saya bersama sherpa tiba di sebuah lorge diĀ  Tengboche untuk berehat satu malam sebelum meneruskan pendakian ke Dingboche dan seterusnya ke Chukung.

Untuk mengecaj telefon atau bateri kamera di hotel atau lorge di tengah banjaran ini, caj di kenakan ialah sebanyak RP600 untuk full caj atau RP300 sejam, sementara untuk satu kad data WIFI pula ialah Rp600 bagi 200MB.

Keesokkan harinya, kira-kira pukul 6 pagi, saya turut merakamkan gambar pergunungan sebelum bergerak menuju ke paras yang tinggi, bila matahari mula memancar, saya bersama sherpa mula melangkah seperti biasa sahaja dengan mengalas beg menuju ke Dingboche.Ketika Menuju ke DingBoche

Selepas membelah di lereng banjaran, mendaki dan menuruni selama hampir enam jam, akhirnya saya tiba di perkampungan yang nyaman dan dipenuhi dengan hotel dan lorge untuk penginapan pendaki yang datang.

Saya dan sherpa terus ke Hotel Bright Star untuk makan tengahari dan seterusnya membuat penyesuaian diri di kawasan sekitar dan kembali ke penginapan.

Seperti biasa, saya sebelum tidur, saya mengambil semua bateri kamera, telefon di simpan bersama diri saya ketika tidur supaya bateri tidak lemah kerana terlalu sejuk.

Selepas minum pagi pada 1 Mei, saya dan sherpa mula melakukan pendakian ke puncak Nargajun setinggi 5,100 meter sebagai pendakian pertama. Selama tiga jam juga untuk sampai di puncak dan tiba di kaki gunung ini pada sebelah tengahari dalam keadaan yang berkabus.puncak Nagarjun - first peak

Pada sebelah petang pula saya hanya berehat dan sempat beramah mesra dengan sekumpulan pendaki Malaysia yang menginap di salah sebuah hotel di sini yang menuju ke Everest Base Camp.

Keesokkan harinya, saya terus bergerak ke Chukung bagi meneruskan cabaran Himalaya 2017 – Breaking Malaysia Records iaitu untuk pendakian ke puncak Chukung setinggi 5500 meter sebagai puncak kedua.

DCIM100GOPROGOPR3310.JPG selepas hujan salji di Chukkungpuncak Chukkung RI -  puncak keduaPada 3 Mei, kira-kira pukul 10.30 pagi, saya berjaya mengibarkan Jalur Gemilang untuk kali kedua di puncak 5000 meter ke atas di tengah Banjaran Himalaya selepas empat jam membuat pendakian yang penuh mental itu dan selepas itu terus kembali ke penginapan kerana cuaca mula berkabus. -sambung

KISAH PENDAKIAN BERMULA Reviewed by on . Semakin tinggi, semakin lemah kaki melangkah, dari Namche Bazaar menuju ke Dingboche setinggi 4,400 meter daripada aras laut dan lebih tinggi dari puncak Kinaba Semakin tinggi, semakin lemah kaki melangkah, dari Namche Bazaar menuju ke Dingboche setinggi 4,400 meter daripada aras laut dan lebih tinggi dari puncak Kinaba Rating: 0
scroll to top