Monday , 26 June 2017

Home » Gambar » cabaran mendaki di trek salji

cabaran mendaki di trek salji

June 6, 2017 5:26 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Walaupun dua puncak gunung berjaya di tawan sebelum ini, iaitu puncak Nargajun, 5,100 meter dan Chhukhung RI, 5,550 meter, kerisauan terus menghantui diri bila melihat salji memenuhi kawasan sekitar terutama di trek pendakian berhampiran lodge yang menjadi penginapan saya di Chhukhung di paras 4,730 meter.

Ini kerana, hujan salji telah turun dengan lebatnya pada sebelah petang semalam dan awal pagi membuatkan saya tidak lena tidur pada malam itu.

Namun begitu, keadaan salji itu tidak mematahkan semangat bagi mencipta  sejarah kepada negara dalam pendakian Himalaya 2017 -  Breaking Malaysia Records yang bakal diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.HIMALAYA 2017

Tepat pukul 7 pagi pada 4 Mei, saya yang mengalas beg yang berisi sedikit pakaian, minuman, makanan serta peralatan kamera mula melangkah dengan mengharungi salji dengan penuh berhati-hati meningalkan kawasan Chhukhung yang agak sunyi dan sejuk bersama Dawa Sherpa dan porter menuju mendaki ke paras yang lebih tinggi iaitu ke Phokalde High Camp di paras 5,100 meter.

Sepanjang pendakian, saya terpaksa menggunakan seluruh pengalaman sebelum ini samada cara melangkah, mengawal pernafasan (bagi kestabilan oksigen dalam badan) dan sebagainya supaya tidak terkena serangan Atitude Mountain Signess (AMS).HIMALAYA 2017 HIMALAYA 2017

Saya juga amat berhati-hati membawa dan menyimpan kamera kerana rakaman gambar amat penting sekali untuk dijadikan bukti dan sebagai satu sejarah kepada generasi akan datang. Bateri akan cepat kehabisan  caj kerana terlalu sejuk.

Selepas mengharungi salji selama tujuh jam, entah berapa banyak kali kami bertiga berhenti kepenatan kerana pendakian ini penuh mencabar dan berhati-hati kerana terpaksa mandi salji selama dua jam sebelum tiba di Phokalde High Camp.

Bila sampai, saya berlindung seketika di tepi batu besar sementara Dawa Sherpa dan porter terus memasangkan khemah untuk kami berehat satu malam sebelum meneruskan pendakian ke puncak Kongma La Pass setinggi 5,500 meter dan puncak Phokalde setinggi 5,806 meter keesokkan hari.

Keadaan yang amat sejuk sehingga mencapai -18 Celcius, selepas itu, saya mengambil paket makanan dan minuman segera untuk di masak oleh Dawa Sherpa, porter memilih dan mengambil salji untuk di masak di tepi batu besar  untuk makan tengahari.

HIMALAYA 2017 HIMALAYA 2017Selepas itu kami semua berehat dalam khemah dan berbincang mengenai pendakian keesokan hari kerana keadaan hujan salji yang berterusan ini semakin sukar untuk mendaki sambil mengunyah kerepek bawang putih dan serunding halia bagi memanaskan badan.

Pukul enam petang, kami keluar ke tebing batu besar itu untuk memasak makanan dan minuman segera untuk makan malam dan selepas itu kembali ke khemah dan berehat menanti hari esok.

Alhamdulillah, bila bangun pagi pada kelihatan cerah walaupun di penuhi salji, semangat terus membara untuk meneruskan cabaran. Kami begerak meninggalkan Phokalde High Camp tepat pukul 6 pagi  dengan mendaki penuh berhati-hati.

Malalui laluan yang penuh cabaran akhirnya kami semua tiba di puncak Kongma La Pass (5,550 meter) pukul 10 pagi. Saya terus bergambar dengan semua bendera dan poster yang di bawa.

Selepas itu, Dawa Sherpa mencuba trek yang dipenuhi salji untuk menuju ke puncak Phokalde (5,806 meter) tetapi kembali ke tempat saya berehat sambil mengiling kepala dan katanya ‘terlalu bahaya, kalau solo nak pergi juga terpulang lah saya tak mau, saya tak mau mati di sini’, saya termenung dalam hati mampus  kalau semua puncak begini.

Hampir setengah jam selepas itu, muncul seorang pendaki dari Sweden yang mendaki daripada Lobuche dan kami bersembang, dia yang berpengalaman 20 tahun itu pada mulanya cakap dia bolehsampai ke puncak, membuatkan saya jadi bersemangat, selepas itu saya perhati sahaja ketika bergerak menuju ke puncak Phokalde itu.

Tetapi akhirnya, tidak sampai 10 minit dia kembali ke tempat rehat di puncak Kongma La Pass ini dan terus cakap kali ini tidak boleh sebab tak nampak trek, nanti kalau tersilap boleh maut.

Saya terpaksa akur, dan kami semua pun turun melalui trek yang dipenuhi salji sehinggalah tiba di glasier selama 4 jam. Lega rasanya sebab beberapa kali tergelonsor juga. Ini kerana sekitar glasier itu tiada salji. Tetapi naik turun itu turut menyiksakan diri juga sebelum tiba di Lobuche pukul 3 petang.

Saya berehat di lodge Lobuche pada paras 4,910 meter kerana terlalu penat dan terpaksa membayar sebanyak RP2 ribu (RM86) untuk caj telefon dan juga bateri kamera serta membeli kad wifi RP600 (RM26)bagi 200MB untuk berhubung dengan whatsapp. Nak caj power bank pula RP 1 ribu (RM43) satu jam.

Keesokan harinya, tepat pukul 7 pagi, 6 Mei,saya, Dawa Sherpa dan porter bersama pendaki lain bergerak ke menuju Goraksep dan seterusnya terus mendaki ke Everest Base Camp setinggi 5,364 meter.

lensaC00014Kami bersama puluhan pendaki negara lain tiba di Everest base Camp pukul 1.30 tengahari dan selepas merakamkan gambar dan berehat seketika kami bergerak kembali Gorakshep keadaan mula berkabus.

Kami tiba di lodge Gorakshep pukul 4.45 petang dalam keadaan yang semakin sejuk sehingga mencapai -5 Celcius, nasib baik saya mengenakan pakaian yang sesuai ketika itu.

Tepat pukul 4 pagi keesokkan hari, dengan berbekalkan air panas dan sedikit biskut, walaupun kesejukan yang melampau, saya bersama Dawa Sherpa dan pendaki lain mula bergerak ke puncak Gunung Khalapathar setinggi 5,550 meter yang merupakan puncak yang ke lima dalam cabaran Himalaya 2017.

HIMALAYA 2017 Kami tiba di puncak pukul 7 pagi kerana pendakian agak pelahan dan mungkin kerana terlalu penat sebelum ini. Selepas bergambar sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan illahi  pukul 7.45 pagi kami bergerak turun dan tiba di lodge pukul 9.30 pagi.

Selepas minum pagi, kami terus bergerak turun kembali ke Lobuche untuk berehat kerana keesokkan hari kami akan bergerak ke Chola-La Pass  yang merupakan puncak yang ke enam dan ke Gokyo RI setinggi 5,357 meter yang ke tujuh -  sambung

cabaran mendaki di trek salji Reviewed by on . Walaupun dua puncak gunung berjaya di tawan sebelum ini, iaitu puncak Nargajun, 5,100 meter dan Chhukhung RI, 5,550 meter, kerisauan terus menghantui diri bila Walaupun dua puncak gunung berjaya di tawan sebelum ini, iaitu puncak Nargajun, 5,100 meter dan Chhukhung RI, 5,550 meter, kerisauan terus menghantui diri bila Rating: 0
scroll to top