Tuesday , 17 October 2017

Home » Gambar » SENGSARA FROSTBITE DI CHOLA-LA PASS

SENGSARA FROSTBITE DI CHOLA-LA PASS

June 14, 2017 3:12 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Walaupun kepenatan, saya amat teruja untuk menghabiskan pendakian selepas berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di lima puncak (5,000 meter ke atas) dalam cabaran Himalaya 2017 – Breaking Malaysia Records.

Pada 8 Mei, saya bergerak ke Dzongla dari Lobuche pukul 8 pagi sebelum meneruskan pendakian ke Chola – La Pass dan tiba di sana pukul 1.30 tengahari.

Terdapat pendaki lain iaitu dari Kanada, New Zealand, Peranchis, China dan Australia yang ingin menuju ke Chola-La Pass keesokkan harinya.

chola1 9 Mei, Saya bersama sherpa mula bergerak menuju ke Chola-La Pass pukul 6 pagi dalam keadaan cuaca sejuk serta trek masih dipenuhi salji. Selepas tiga jam mendaki, hujan salji telah turun menyebabkan trek sukar kelihatan ditambah suhu melebihi -17’ Celcius.

Akhirnya, pukul 11 pagi, saya tiba di puncak Chola-La Pass setinggi 5,420 meter.

Saya dan Sherpa hanya sekadar merakamkan beberapa gambar bersama Jalur Gemilang dalam hujan salji semakin lebat dan terlalu sejuk sehingga mencapai -23’ Celcius di kawasan puncak.

chola2Ketika turun, walaupun berhati-hati, saya terpijak salji pada yang menutupi batu menyebabkan tergelincir dan tangan kiri saya pula termasuk ke dalam salji sehingga paras siku menyebabkan sarung tangan tercabut dan tertinggal ketika saya menarik tangan.

 

Nasib baik Dawa Sherpa cepat menarik saya daripada terus tersungkur dan terus memakai sarung tangan gantian. Kami terus turun di lereng  gunung yang dipenuhi dengan salji dengan berhati-hati, jika tersilap langkah boleh mengundang bahaya.

Akhirnya kami sampai di lorge di Dragnag pada paras 4,700 meter selepas mengharungi hujan salji selama enam jam.

012 Ketika di dalam lorge itu, seluruh hujung jari tangan kiri terasa ngilu dan berdenyut-denyut. Dawa Sherpa terus membawa air panas di dalam mangkuk bersama garam dan terus merendam semua jari tangan kiri saya.

Keesokkan harinya, jari mula membengkak serta, sekali terpaksa merendam di dalam air panas serta menyapu cream panas dan terus memakai sarung tangan.

Selepas itu kami meredah glasier selama lima jam menuju ke Gokyo dalam keadaan jari tangan saya yang semakin sakit.

Semangat mengatasi segalanya, keesoknya saya telah tiba di puncak Gokyo Ri pada paras 5,357 meter bersama beberapa pendaki negara lain. Kejayaan pendakian ke tujuh puncak ini telah mengatasi sasaran cabaran sebenar.

Oleh kerana jari semakin sakit, saya berada di puncak setengah jam sahaja dan selepas merakamkan gambar kami terus turun ke Gokyo.

Saya terpaksa melupakan hasrat untuk terus mendaki ke Renjo La Pass setinggi 5,340 meter yang mengambil masa empat hari pendakian.

Selepas itu, saya bersama Sherpa dan porter bergerak agak pantas meninggalkan Gokyo menuju ke Lukla selama empat hari perjalanan.

003 Saya terpaksa menahan kesakitan selama tiga hari di Lukla kerana tiada penerbangan ekoran cuaca buruk untuk terbang ke Kathmandu dan saya hanya mendapat rawatan pada 19 Mei iaitu sehari sebelum pulang ke Malaysia.

005 Kini saya masih mendapat rawatan susulan di Hospital Pantai Ampang dan jari saya semakin pulih, jika saya tidak merendam dalam air panas pada awalnya dan terdedah kepada sejuk, frostbite akan merebak dan menyebabkan sel-sel di jari itu akan menjadi biru hingga hitam menyebabkan terpaksa dipotong.

Minggu depan cabaran serta rintangan ketika terkandas di Lapangan Terbang Tenzing-Hillary Lukla yang paling bahaya di dunia. (siri yang terakhir)

SENGSARA FROSTBITE DI CHOLA-LA PASS Reviewed by on . Walaupun kepenatan, saya amat teruja untuk menghabiskan pendakian selepas berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di lima puncak (5,000 meter ke atas) dalam cabaran Walaupun kepenatan, saya amat teruja untuk menghabiskan pendakian selepas berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di lima puncak (5,000 meter ke atas) dalam cabaran Rating: 0
scroll to top