Wednesday , 22 November 2017

Home » Gambar » PENDAKI SOLO CIPTA REKOD KE TUJUH

PENDAKI SOLO CIPTA REKOD KE TUJUH

July 3, 2017 12:44 am by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Mohd Noor Mat Amin keluarkan simpanan KWSP untuk cipta rekod.Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin ketika mendaki ke Kongma-La Pass

Demi mengharumkan nama negara dipersada dunia, saya terpaksa melalui pelbagai rintangan dan halangan bagi cabaran mencipta rekod dalam pendakian solo sama ada di Gunung Kinabalu atau Menara Kuala Lumpur sejak tahun 2007.Cabaran paling utama ialah kesukaran untuk memperolehi penajaan bagi menampung kos perbelanjaan disepanjang cabaran mencipta rekod, menyebabkan ianya terpaksa ditangguh berkali-kali sebelum ini.Sehingga hari ini, saya hanya memperolehi enam pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBoR) melalui cabaran pendakian solo yang berbeza.

Bagi mencipta rekod yang ke tujuh iaitu cabaran pendakian solo dalam Himalaya 2017 – Breaking Malaysia Records, saya terpaksa mengeluarkan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang cabaran solo dalam tempoh tiga minggu yang bermula 23 April lalu ekoran gagal memperolehi penajaan.04

Alhamdulillah, saya berjaya melakukan dengan mendaki sebanyak tujuh puncak gunung di tengah Banjaran Himalaya, iaitu melebihi sasaran sebenar yang ditetapkan sebelum ini walaupun kos perbelanjaan amat berkurangan dan tidak mencukupi.

Saya tetap bersyukur kerana agensi pendakian di Nepal iaitu Seven Star Adventure Holidays yang turut menampung sebahagian kos perbelanjaan sepanjang pendakian di tengan banjaran Himalaya.

Keyakinan dengan kemampuan saya yang kini berusia 50 tahun, membuatkan majikan saya iaitu Utusan Malaysia terus memberi sokongan demi nama negara di persada dunia.02

Turut membantu sebelum saya berlepas ke Nepal ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Malaysia Inbound Torism Association (MITA), Yayasan Patriot Negara, Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Gagasan Prihatin Semenyih, Fifty4Fern dan IbuSue, walaupun sedikit sumbangan anda, ianya amat besar nilainya kepada saya, syukur pada Illahi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Team Pendaki Solo yang berhempas pulas membantu sepanjang cabaran yang dilakukan di tengah Banjaran Himalaya khususnya ketika saya terpaksa melalui saat getir kerana terkandas ketika cuaca buruk di Lukla serta ketika mengalami kecederaan frostbite pada jati tangan.05

Sementara itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga kepada mereka yang mengkritik melalui media social kerana kritikan anda itu terus menjadi pemangkin semangat kepada saya untuk terus mencipta rekod demi NegaraKU Malaysia.Mohd Noor bersama banner cabaran Himalaya 2017-Breaking Malaysia Records

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca Mingguan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam.

 

 

PENDAKI SOLO CIPTA REKOD KE TUJUH Reviewed by on . Mohd Noor Mat Amin keluarkan simpanan KWSP untuk cipta rekod. Demi mengharumkan nama negara dipersada dunia, saya terpaksa melalui pelbagai rintangan dan halang Mohd Noor Mat Amin keluarkan simpanan KWSP untuk cipta rekod. Demi mengharumkan nama negara dipersada dunia, saya terpaksa melalui pelbagai rintangan dan halang Rating: 0
scroll to top