Monday , 26 June 2017

Home » Info » Lebih 1,500 pelajar UiTM sertai program Siswa Sihat

Lebih 1,500 pelajar UiTM sertai program Siswa Sihat

December 3, 2012 9:16 pm by: Category: Info A+ / A-

Pendaki Solo Negara yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin telah mengetuai aktiviti berjalan 10 ribu langkah bersama lebih 1,500 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang menyertai pelbagai program Siswa Sihat 2012 (PROSIS) Peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Acara yang di perkarangan Kolej Perindu dengan mengelilingi di sekitar kampus utama UiTM itu selama tiga jam bertujuan bagi memberi pendedahan awal  kepada para pelajar supaya mementingkan gaya hidup sihat.

Mohd Noor yang menjadi ikon PROSIS itu turut berkongsi pengalaman pada sesi bicara siswa mengenai kejayaan disebalik mengamalkan gaya hidup sihat dan memberikan tip-tip bagaimana cara hidup sihat sepanjang hayat.

PROSIS dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri  dengan kerjasama UiTM ini, kejayaan Mohd Noor Mat Amin mencipta rekod Negara dalam cabaran pendakian solo di Gunung Kinabalu dan Menara Kuala Lumpur menjadi pemangkin semangat untuk mencapai kejayaan kepada generasi muda terutama golongan mahasiswa.

Semangat dan kekuatan fizikal dan mental menyebabkan beliau telah mencapai kejayaan  mencipta rekod harus menjadi contoh kerana penekanan  kecergasan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, pelbagai acara lain yang disertai oleh semua pelajar seperti pertandingan senaman arobik berirama,  kuiz sihat, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

UiTM Shah Alam merupakan lokasi ke 10 penganjuran program PROSIS ini yang   bermula di UiTM Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.

Selain UiTM Shah Alam, PROSIS telah berjaya dianjurkan di UiTM Dungun, Terengganu, UiTM Kuala Pilah di Negeri Sembilan, UiTM Arau di Perlis,  UiTM Merbuk di Kedah, UiTM Machang di Kelantan, Kolej Universiti Islam Melaka, dan Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah di Pahang.

Sehingga akhir tahun ini, pada 8 Disember ini PROSIS akan diadakan di Alliance University College of medical Sciences, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Selepas itu, program ini terus dianjurkan di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak, Universiti teknologi Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor,  Universiti Malaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang terakhirsebelum melabuhkan tirai  di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Labuan.

Lebih 1,500 pelajar UiTM sertai program Siswa Sihat Reviewed by on . Pendaki Solo Negara yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin telah mengetuai aktiviti berjalan 10 ribu langkah bersama lebih 1,500 pelajar Unive Pendaki Solo Negara yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin telah mengetuai aktiviti berjalan 10 ribu langkah bersama lebih 1,500 pelajar Unive Rating: 0
scroll to top