Wednesday , 18 July 2018

Home » Gambar » SEKITAR FAM TRIP NEPAL 2017

SEKITAR FAM TRIP NEPAL 2017

December 26, 2017 5:28 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Sejak pagi, petugas berulang alik daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmanndu untuk menjemput dan mengambil 35 deligasi ke hotel penginapan daripada 15 negara yang menghadiri program Familiarization Trip Nepal 2017 (FAM TRIP 2017) yang bermula 10 Disember lalu.

Pada sebelah malamnya, penganjur mengadakan sesi pengenalan diri peserta di samping melawat sekitar Thamel yang menjadi tumpuan para pengembara di seluruh dunia.DCIM101GOPROGOPR6552.JPG

Keesokkan harinya, satu persidangan FAM TRIP 2017 di adakan bagi membincangkan pakej-pakej yang diperkenalkan oleh para peserta untuk dikongsikan dan membuat koleberasi supaya menaopat impak yang lebih baik.

Perbincangan juga memfokuskan kepada pakej pengembaraan ke gunung-gunung di Nepal di samping pakej untuk pelancong biasa yang ingin melawat negara yang bergunung ganang itu.

Sepanjang persidangan itu, banyak pertukaran pakej-pakej pelanconpokhara017gan antara sesame peserta yang mempunyai pakej pelancongan yang bermula tahun 2018. Ianya termasuklah Muslim tour yang memfokuskan kepada makanan halal dan sebagainya.

Pada hari ketiga, tepat pukul 7.30 pagi, para peserta menaiki sebuah bas khas menuju ke Pokhara yang popular dengan keindahan alam semulajadi.DCIM101GOPROGOPR6411.JPG

Para peserta amat teruja sekali kerana menaiki bas yang bergerak pelahan, melalui jalan raya yang sempit dan merbahaya ketika merentasi Banjaran Himalaya selama  10 jam untuk sampai di Bandar Pokhara.

Oleh kerana pergerakan  kenderaan agak pelahan telah menyebabkan peserta agak lewat tiba di Pokhara dan terus masuk hotel untuk berehat kerana kepenatan.

Pukul 4.30 pagi pada 13 Disember, semua peserta berkumpul unuk menaiki kenderaan bagi menju ke Sarangkot untuk menyaksikan matahari terbit dan melihat keindahan panaroma Banjaran Himalaya sehinggalah dalat menyaksikan puncak Gunung Annapurna.

Walaupun kesejukan, semangat peserta tidak pernah pudar dan telah tiba di bukit Sarangkot pukul 5.30 pagi, kelihatan ramai pelancong berada di atas latar pemandangan bersama kamera masing-masing menunggu matahari terbit.pokhara018

Semua berada di Sarangkot hingga pukul 7.30 pagi dan kembali menaiki kenderaan dan semula ke hotel penginapan untuk makan pagi.

Pada pukul 10 pagi dua aktiviti dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan bergerak kembali ke pusat paragliding di Sarangkot dan satu kumpulan lagi bergerak ke Tasik Deva yang popular di Pokhara.Ptwo011

Lebih 10 peserta telah menaiki paragliding, ada juga yang menaiki mountain flight, sementara yang lain menyertai acara menaiki bot di dalam Tasik Deva sehinggalah petang.

Cuaca pada hari itu amat baik walaupun agak sejuk, namun begitu ianya tidak melemahkan peserta untuk terus melihat dan merasai panorama Pokhara.

Pada sebelah petang, sebelum pulang ke hotel penginapan, peserta di beri pendedahan melihat dan merasai sendiri dengan memasuki gua lama iaitu Gua Mahindra yang sentiasa menjadi perhatian pengunjung.

Selepas itu semua peserta kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.

Pada 14 Disember, tepat pukul 7.30 pagi, semua peserta menaiki bas untuk kembali ke Kathmandu dengan melalui jalan raya yang berliku merentas banjaran Himalaya dan telah sampai di hotel penginapan di Thamel pukul 6 petang.

Keesokan harinya semua peserta meniki bas untuk melawat ke kawasan pelancongan diBaktaphur, sebelum tiba di sana peserta sempat melawat ke temple hindu yang tertua di Kathmandu iaitu Pashupathinath temple selama dua jam.

Peserta tiba di Durbar Square Baktapur pukul 11.30 pagi dan sempat menikmati makan tengahari di sebuah bumbung restoran hotel bersebelahan pintu masuk selama sejam.

Selepas itu, peserta masuk ke dalam kawasan peningalan sejarah di Durbar Square yang unik dengan tiket  permit masuk US15 setiap pelancong luar.last029

Mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar serta bergambar di setiap sudut yang menjadi salah satu daya tarikan para pelancong yang melawat Nepal.

Selepas itu, semua bergerak pula ke Boudhanath Stupa, ianya merupakan Stupa yang terbesar di dunia dan dianuti oleh warga Tibet. Di sini terdapat banyak barangan Tibetan di jual di sekitar kawasan sekitar tersebut.

Selepas sejam berada di sekitar stupa itu, semua peserta kembali menaiki bas dan pulang ke hotel penginapan.

Pada sebelah malam, majlis jamuan makan malam diadakan  bagi meraik

last098

an semua peserta di bumbung hotel berkenaan.

Pada pagi 16 Disember, majlis penutup dan penyerahan sijil dan cenderamata di sampaikan kepada semua peserta oleh Seven Star Adventure Holidays sebagai kenang-kenangan dan selepas itu sebahagian peserta dihantar ke lapangan tebang untuk pulang kedestinasi masing-masing.

SEKITAR FAM TRIP NEPAL 2017 Reviewed by on . Sejak pagi, petugas berulang alik daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmanndu untuk menjemput dan mengambil 35 deligasi ke hotel penginapan dar Sejak pagi, petugas berulang alik daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmanndu untuk menjemput dan mengambil 35 deligasi ke hotel penginapan dar Rating: 0
scroll to top