Saturday , 18 August 2018

Home » Gambar » FAM TRIP NEPAL 2017

FAM TRIP NEPAL 2017

December 26, 2017 5:40 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-

Keunikan dan keaslian alam semulajadi bandar yang dikelilingi gunung ganang menyebabkan puluhan ribu pelancong melawat negara Nepal pada setiap tahun.

Ditambah pula Gunung Everest setinggi 8,848 meter yang tertinggi di dunia terletak di tengah Banjaran Himalaya terus menjadi tumpukan para pendaki dari seluruh dunia setiap tahun.

last029Rata-rata pelancong yang menjejak kaki di Nepal, kebiasaanya mereka ini melakukan pelbagai aktiviti sukan lasak dalam pendakian gunung dan juga trekking mejelajah sekitar banjaran Himalaya.

Lokasi trekking yang paling popular pendaki dari seluruh dunia ialah menjelajah Banjaran Himalaya menuju ke Everest Base Camp (EBC) dan juga Annapurna Base Camp (ABC).

Selain itu, bagi yang ingin menyaksikan keindahan sekitar banjaran Himalaya, para pelancong juga boleh menaiki kapalterbang (Mountain Flight) atau helikopter yang mana perkhidmatan ini di sediakan oleh syarikat penerbangan di Nepal.

Ptwo015Ribuan syarikat travel agensi dan pengembaraan terdapat di Nepal yang memberi pelbagai perkhidmatan supaya memudahkan para pelancong melawat di Nepal khususnya di Kathmandu dan Pokhara.

Semuanya tertakluk kepada kehendak para pelancong samada ingin melakukan aktiviti lasak iaitu mendaki gunung, paragliding, write water rafting dan sebagainya.

Tidak kurang juga para pelancong yang menjejak kaki ke Nepal hanya untuk melihat keaslian alam semulajadi, khazanah lama, melihat kehidupan serta menikmati keindahan di sekitar kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan dunia.Ptwo023

Bagi memastikan, Nepal terus menjadi tumpuan pelancong pada masa akan datang, sebuah agensi pelancongan, Seven StarAdventure Holidays Pvt. Ltd. telah menganjurkan program Familiarization Trip Nepal 2017 (FAM TRIP 2017) selama seminggu bermula 10 Disember lalu.\

Program yang bermula 10 hingga 16 Disember itu telah disertai seramai 35 peserta yang terdiri wakil-wakil syarikat pelancongan daripada 15 negara kerana ingin memperolehi pelbagai pengalaman baharu sepanjang berada di Nepal.

Pengarah Urusan, Seven Star Adventure Holidays Pvt. Ltd, Rajesh Itani, berkata,  program FAM TRIP 2017 yang julung kali diadakan ini telah berjaya dalam promosi  pakej pelancongan bersama lebih 20 syarikat pelancongan daripada 15 negara yang mana ianya menjadi titik pertemuan antara agensi pelancongan dari seluruh dunia.Rajesh Itani

Antara syarikat pelancongan yang telah menyertai FAM TRIP 2017 ini ialah daripada , Switzerland, Iran, Filipina, Brunei, India, Pakistan, Arab Saudi, Russia, Australia, Bhutan, Romania, Scotland, Malaysia, Sri Langka dan Uzbekistan.

Ini merupakan titik pertemuan bagi memudahkan  kerjasama dalam usaha promosi pakej pelancongan antara syarikat pelancongan yang terbabit dalam FAM TRIP 2017.

“Atas kejayaan ini penganjuran yang julung ini, kita akan terus membuat program FAM Trip pada setiap tahun bagi mengumpulkan syarikat pelancongan dunia bagi mempromosikan pakej-pakej pelancongan dan membuat satu kolebrasi yang menguntungkan semua pihak” ujar Rajesh Itani.

Katanya, FAM TRIP 2017 turut membincangkan mengenai pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat pelancongan negara peserta dan cara membuat  mempromosi yang lebih berkesan.

Selain persidangan, peserta berpeluang untuk melawat lokasi menarik yang menjadi tarikan pelancong seperti menyaksikan keunikan puncak gunung dari Sarangkot, Pokhara, kota purba di Durbar Square di Bhaktapur, merasai keterujaan paragliding dan bersampang di Tasik Deva di Pokhara, menaiki Mountain Flight mengelilingi Banjaran Himalaya dan sebagainya.

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Mega Global Wholesaler, Brunei, Khirul Zainie yang turut menyertai program selama seminggu ini amat teruja walaupun padat tetapi ianya merupakan satu pendidikan yang amat bermakna.Khirul

Katanya, FAM TRIP 2017 berjaya mendidik semua peserta untuk melihat keramahan dan keunikan orang Nepal yang sentiasa menerima kehadirang pelancong ke Negara itu.

“Saya mempunyai objektif yang berlainan supaya dapat  berkloberasi dengan semua peserta syarikat pelancongan daripada pelbagai negara yang memperkenalkan destinasi menarik untuk pasaran teras kami dan juga  mengenal pasti pihak yang sesuai untuk berkerjasama pada masa akan datang” kata Khirul lagi.

“Saya sangat gembira dan ingin mengumumkan bahawa Nepal akan menjadi tambahan terbaru kepada senarai destinasi eksotik dan pelantikan saya sebagai duta perdagangan pelancongan Ekspedisi Bintang Tujuh di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina”’ ujar beliau lagi

Di samping itu juga, program riadah, keagamaan, trekking dan pengembaraan, beliau akan memberi tumpuan kepada menawarkan pakej mesra halal ke Nepal yang merangkumi makanan halal dan lawatan ke masjid dan pusat komuniti tempatan di Kathmandu.

Semua pakej mesra halal akan disediakan untuk agen pelancongan bagi perjalanan dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bermula April 2018.

Bagi Konsultant Pelancongan, Intercontinental Travel Co. Arab Saudi, Azam Hafeez amat tertarik dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh para peserta daripada 15 negara dan dapat berkongsi pakej dan ianya dapat di jual kepada warga Arab Saudi yang lebih mengutamakan makanan halal terutama ke negara asean.Azam Hafeez

Beliau yang berasal daripada Pakistan yang menjalani perniagaan pelancongan di Arab Saudi sejak lima tahun lalu, kini bersedia membawa rakyat Arab melancong ke luar negara terutama ke negara peserta FAM TRIP 2017 khususnya ke Malaysia yang kian popular di kalangan rakyat Arab.

Sementara itu, pihaknya juga bersedia menerima pelancong melawat ke negara Arab Saudi selepas berkoleberasi dengan agensi pelancongan daripada negara lain terutama yang menyertai FAM TRIP 2017.

FAM TRIP 2017 ini adalah sebagai permulaan kerjasama antara agensi pelancongan dan ianya harus diteruskan pada masa akan datang.

Pengarah Urusan, Nadia Parvaz, dari Iran, Lily Sadri, amat terharu kerana berpeluang menyertai FAM TRIP 2017 ini dalam usaha memperkenalkan dan memperolehi pelbagai produk pelancongan terbaru ke seluruh dunia.Lily Sadri

Agensi pelancongan yang beroperasi di Taheran dan juga di Moscow amat teruja kerana dapat berkerjasama secara langsung bersama semua agensi pelancongan yang terbabit dalam program yang diadakan selama seminggu ini.

Katanya, program ini telah membuka ruang kepada semua peserta untuk memperluaskan pasaran pakej pelancongan dan ianya telah memberi impak yang besar dan berharap FAM TRIP dapat dikembangkan pada masa akan datang.

“Sebelum ini, saya hanya mengetahui pakej-pakej pendakian gunung atau jelajah banjaran Himapaya sahaja di Nepal. Apabila saya menyertai FAM TRIP ini, baru saya mengetahui terdapat pelbagai pakej pelancongan yang boleh di promosikan ke Iran dan Russia selepas ini”, ujar Lily Sadri lagi.

Bagi, Mara Augustine Galang daripada travel agensi yang berpusat di Manila, Filipina menganggap FAM TRIP 2017 ini memberi kesan yang mendalam dalam usaha mempromosikan produk pelancongan di Filipina kepada dunia mulai tahun 2018.Mara Augustine Malang

Katanya, kerjasama antara agensi pelancongan luar amat penting untuk sama-sama mempromosikan produk pelancongan terutama di negara-negara yang sama-sama menyertai FAM TRIP 2017 ini.

“Walaupun baru seminggu menyertai program ini, namun begitu keakraban peserta amat jelas sekali dan membentuk seperti satu keluarga demi memperkasakan industry pelancongan.” katanya.

Program ini membentuk peserta untuk terus berdaya maju dan bergerak terus ke hadapan secara kerjasama antara peserta daripada 15 negara.- habis

FAM TRIP NEPAL 2017 Reviewed by on . Keunikan dan keaslian alam semulajadi bandar yang dikelilingi gunung ganang menyebabkan puluhan ribu pelancong melawat negara Nepal pada setiap tahun. Ditambah Keunikan dan keaslian alam semulajadi bandar yang dikelilingi gunung ganang menyebabkan puluhan ribu pelancong melawat negara Nepal pada setiap tahun. Ditambah Rating: 0
scroll to top