Tuesday , 17 October 2017

Home » Info » PROGRAM SISWA SIHAT 2012 BERMULA

PROGRAM SISWA SIHAT 2012 BERMULA

June 19, 2012 9:24 pm by: Category: Info A+ / A-

KOTA KINABALU, 16 JUN 2012 — Lebih 1,200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu menyertai acara Jom Berjalan 10 ribu langkah sejauh  lapan kilometer pada Program Siswa Sihat 2012 (PROSIS) peringkat negeri di sini hari ini.
Turut sama ialah pendaki solo negara yang yang juga jurugambar akhbar Utusan Malaysia, Mohd Noor Mat Amin yang menjadi ikon pada program yang diadakan di 15 lokasi seluruh negara.Program SISWA SIHAT 2012
Pada sebelah petang, beliau menjadi salah seorang speaker pada sessi forum bual bicara siswa sihat bagi memberi semangat kepada pelajar supaya mengamalkan gaya hidup sihat disamping mengejar kejayaan.
PROSIS telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Mohd. Yusof Ibrahim yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Pelbagai acara lain termasuklah sesi simposium berkenaan dengan kafe sihat, jauhi dadah, katakan tidak kepada rokok dan juga hidup bahagia tanpa HIV/Aids.
Acara lain ialah seperti U-Rase , Sukanneka, U-Games, ujian saringan kesihatan, U-robik dan sebagainya.

UiTM Kota Kinabalu merupakan lokasi pertama jelajah PROSIS yang mana akan diadakan di 14 lokasi seluruh negara yang akan berakhir pada Novembe ini.

Antara universiti lain yang akan terbabit dalam PROSIS ini ialah tujuh cawangan UiTM di Perlis, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan juga Negeri Sembilan.

Sementara itu, Lokasi di Pahang pula ialah di Uniten Rompin, Maktab Perguruan di Sarawak, Universiti Kebangsaan Malaysia di Selangor, Kolej Islam Melaka dan beberapa kolej universiti swasta.

PROGRAM SISWA SIHAT 2012 BERMULA Reviewed by on . KOTA KINABALU, 16 JUN 2012 — Lebih 1,200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu menyertai acara Jom Berjalan 10 ribu langkah sejauh  la KOTA KINABALU, 16 JUN 2012 — Lebih 1,200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu menyertai acara Jom Berjalan 10 ribu langkah sejauh  la Rating: 0
scroll to top