Wednesday , 24 April 2019

Home » Info » Pendaki solo bantu cari Acap

Pendaki solo bantu cari Acap

April 3, 2019 5:48 pm by: Category: Info, Slider A+ / A-

GOPENG 2 April – Usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, terus dipergiat dengan pertolongan pelbagai pihak termasuk orang perseorangan.

Tidak ketinggalan pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin (gambar) yang turut menyertai pen­­­carian Mohammad Ashraf yang juga merupakan juruteknologi makmal di Klinik Kesihatan Ma­harani di Muar, Johor, semalam.

Menurut Mohd. Noor, dia bersama rakan-rakannya terpanggil untuk mencari lelaki itu berdasarkan pengalaman yang banyak terlibat dalam aktiviti lasak termasuk pendakian.

Katanya, meskipun usaha men­cari Mohammad Ashraf me­nemui jalan buntu, namun harapan tinggi oleh semua rakyat Malaysia agar lelaki itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Kes ini mungkin terjadi atas beberapa faktor, mungkin dia terjatuh atau ada pengaruh mistik di mana kita tidak boleh ambil ringan. Jika terjatuh sekali pun mesti akan jumpa atau kemungkinan ada kebarangkalian lain.

“Masa ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk pe­nganjur. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari sehingga jumpa dan perancangan yang perlu dibuat selepas ini,” katanya.

Menurut Mohd. Noor, bagi membantu pihak berkuasa, orang perseorangan yang mempu­nyai kepakaran dan pe­ngalaman dalam aktiviti di dalam hutan disaran untuk membantu mencari Mohammad Ashraf.

“Jangan harap pihak berkuasa sahaja, saya saran penggiat rek­reasi dan orang perseora­ngan yang ada kepakaran dan pengetahuan agar turut sama membantu.

“Berdasarkan pengalaman dan kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini, ada mangsa yang hilang selepas berhari-hari dapat dijumpai semula dan masih hidup. Bagaimanapun, jika sebaliknya, kita perlu reda,” katanya yang akan membantu mencari lagi lelaki itu selepas ini.

Kredit : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendaki-solo-bantu-cari-acap-1.875253

 

Pendaki solo bantu cari Acap Reviewed by on . GOPENG 2 April – Usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, terus dipergiat dengan GOPENG 2 April – Usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, terus dipergiat dengan Rating: 0
scroll to top