Thursday , 2 July 2020

Home » Gambar » TROWBACK – 02 – MATI ITU PASTI – EVEREST 97

TROWBACK – 02 – MATI ITU PASTI – EVEREST 97

May 1, 2020 5:27 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-
keratan001
Seperti hari-hari yang berlalu, aku terpaksa memerah otak yang semakin beku memikirkan apakah news dan gambar menarik mengenai perkembangan terkini dalam cabaran pendakian ke puncak Everest 97 untuk disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Perkhemahan Malaysia di Everest Base Camp (EBC) sentiasa menjadi tumpuan ketua kumpulan pendaki daripada negara lain yang datang untuk berbincang mengenai perancangan ke puncak Everest.
Pada 22 April, pukul 9 pagi, cuaca yang agak cerah dan matahari mula mancar, aku mengambil peluang untuk proses filem negative secara manual di hujung dalam khemah makan berhampiran dengan kawasan dapur yang dibantu oleh seorang budak dapur yang menyediakan air panas (air dimasak selama sejam untuk mendidih kerana kesejukan) serta badi satu khemah aku, Abd Razak Othman Zak yang membuat Teh Tarik Halia, memang Rare Tau.
Sejam kemudian, Ketua Ekspedisi Britain, Mal Duff, berusia 53 tahun, telah datang ke khemah ini dan melihat aku proses filem itu, beliau terkejut melihat dengan mengatakan ‘inilah first time lihat orang proses filem di EBC, biasanya bawa balik dan hantar ke kedai Lab di Kathmandu’ sambil minum teh Tarik. Beliau amat tertarik sekali dan kagum melihat ada individu yang sanggup melakukannya walaupun tidak mengetahui hasilnya baik atau tidak.
Kumpulan pendaki Britian yang diketuai Mal Duff yang membuat ekspedisi ke Everest setiap tahun sejak lima tahun sebelum itu telah mendapat permit untuk membaik pulih laluan di Khumbu Ice Fall pada tahun 1997.
Keesokan harinya, ketika anggota ekspedisi negara sedang breakfast, tetiba seorang Sherpa team Britain itu dengan cemas datang mencari Dr. Khoo See Hock ( doctor ekspedisi negara) dan mohon bantuan untuk merawat Mal Duff yang berkeadaan tenat di khemahnya.
Dalam keadaan yang agak kalut, ketika Dr Khoo sampai didapati Mal Duff sudah tidak bernyawa lagi dan disahkan oleh seorang dr. daripada team lain yang tiba lebih awal untuk membantu. Difahamkan kematiannya itu ekoran tersedak kahak ketika tidur.
Kematian Mal Duff itu mengemparkan kepada semua yang berada di EBC menyebabkan seluruh Kawasan menjadi muram.
Mayat mendiang Mal Duff diterbangkan ke Kathmandu pada pagi keesokkan harinya untuk diserahkan kepada keluarganya. Ini adalah kematian pertama di Everest.
———————————————
Pada 6 Mei 1997, ketika aku bersama anggota berehat sambil menunggu untuk makan tengahari di khemah makan Everest base Camp, yang mana pendaki yang diketuai oleh Mejar Mohd Rizan berada di kem 2 dan Sherpa pula giat menghantar bekalan sehingga kem 4, tiba tiba…..
‘Base Camp masuk, Base Camp masuk ‘ dengan suara Mejar Mohd Rizan yang agak cemas kegengaran melalui walkie talkie.
Selepas dijawab oleh salah seorang anggota di EBC.
‘saya nak bagitau bahawa ada berita buruk berlaku di kawasan kem tiga’ tenang aje suara Mejar Mohd Rizan.
‘Apa dia mejar?’ ujar Ketua ekspediri, Nor Ramlee yang cemas.
‘Seorang daripada Sherpa kita telah terjatuh kerana tergelincir berhampiran kem 3 pukul 13.30 tengahari ini, nasibnya masih belum diketahui’ ujar Mejar Mohd Rizan.keratan004
Katanya, Nima Rinzi yang terjatuh kerana terpijak tali kasutnya ketika menghantar balang oksigen ke kem 4 dan kini semua sherpa sedang berusaha mencarinya.
Beliau terjatuh ke daam rekahan air batu sejauh 600 meter yang disaksikan oleh beberapa pendaki negara lain yang hanya boleh melihat sahaja.
Akhirnya dalam pukul 2.40 petang, Sherpa menjumpai Nima Rinzi yang berlumuran darah di bahagian muka dan di dapati telah meniinggal. Oleh kerana keadaan cuaca semakin tidak menentu dengan angin semakin kuat dan kesejukan semakin membeku, menyebabkan sherpa hanya melihat sahaja dan tidak membawa mayat itu bersama ke kem 2.
Mayat Nima Rinzi yang hampir tertimbus salji telah berjaya di ambil oleh lebih kurang 20 orang Sherpa pada 9 Mei dan di bawa turun ke Kem 2 dan terus melalui laluan sukar di Khumbu Ice Fall dan tiba di EBC lebih kurang pukul 4 petang.
Keesokan harinya, mayat mendiang diterbangkan ke kathmandu melalui sebuah helicopter untuk diserahkan kepada keluarganya. – kematian keduakeratan002
————————————————-
Pada 10 Mei, Ketika aku dan Jim Bruton sedang berehat sambal pekena teh panas Bersama biskut keras di khemah krew RTM dan Telekom Malaysia, iaitu lebih kurang 30 meter daripada khemah aku, tetiba Jim Bruton telah menjawab call melalui telefon satelit daripada kawannya yang mendaki ke puncak Everest melalui sebelah Tibet.
Jim Bruton diberitahu bahawa, oleh kerana kerana cuaca teramat buruk di sekitar Kawasan di tengah Banjaran Himalaya khususnya di Everest iaitu sebelah Tibet menyebabkan 7 pendaki terbunuh apabila disambar angin kencang yang bertiup melebihi 160 kilometer sejam ketika turun daripada puncak Everest.
Mereka yang terbunuh ialah tiga pendaki daripada Kazakhstan, seorang Korea dan seorang dari jerman, dan seorang lagi masih belum diketahui dari negara mana serta seorang Sherpa.
Tragedi itu berlaku, merupakan genap setahun selepas Sembilan orang terbunuh ketika percubaan mendaki ke puncak Everest pada 10 Mei 1996. Pada tahun 1997 juga sebanyak 9 kes kematian berlaku di Everest.
Yang pasti mati itu pasti, Cuma bila dan lokasi kematian, hanya yang maha Esa saha yang mengetahuinya. Kita hanya boleh merancang dan tuhan menentukannya samada kita akan mendapat satu kejayaan atau sebaliknya. Salam Ramadhan buat semua.
NEXT: TROWBACK 03 – SAKITNYA AKU DI SINI – EVEREST 1997
REACHING THE FRONTIER
1- Climbing 165 hours non-stop Mount Kinabalu for first World Record.
2- Climbing 24 hours non-stop Mount Kinabalu for first junior World Record.
.
TROWBACK – 02 – MATI ITU PASTI – EVEREST 97 Reviewed by on . Seperti hari-hari yang berlalu, aku terpaksa memerah otak yang semakin beku memikirkan apakah news dan gambar menarik mengenai perkembangan terkini dalam cabara Seperti hari-hari yang berlalu, aku terpaksa memerah otak yang semakin beku memikirkan apakah news dan gambar menarik mengenai perkembangan terkini dalam cabara Rating: 0
scroll to top