Wednesday , 23 August 2017

Home » Info » SANTAI BUKIT BROGA

SANTAI BUKIT BROGA

April 2, 2012 9:32 pm by: Category: Info A+ / A-

SEMENYIH, 31 Mac 2012 — Pendaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin bersama beberapa sukarelawan telah melakukan pendakian di Bukit Broga hari ini sebagai rutin mingguan untuk memanaskan badan selama beberapa jam.

Pendakian bermula pukul 7 pagi dan berakhir pukul 9 pagi sebelum berehat dihujung minggu.

Ketika melakukan pendakian itu, ramai pendaki lain yang mengenali pendaki SOLO  turut bersama melakukan pendakian sehinggalah di puncak Bukit Broga setinggi 400 meter itu.

Ternyata seramai 35 kadet Bomba daripada SMK Pandah Indah, Kuala Lumpur bersama 5 orang jurulatih mendapat sentuhan semangat apabila berjaya bergambar kenangan dengan pendaki SOLO .Broga013

Tedapat juga sebahagian 10 orang guru sekolah daripada Kuala Selangor yang akan membuat pendakian ke Gunung Kinabalu pada Mei ini sempat bergambar dengan pendaki SOLO disamping memperolehi kata-kata semangat sebagai satu perangsang untuk mengalas cabaran ke puncak tertinggi di Asia Tenggara itu nanti.

Pendaki SOLO yang tidak kedekut berkongsi ilmu terus dikerumui oleh peminat setiap kali melakukan pe3ndakian santai samada di Bukit Broga atau di mana sahaja.

Pada program aakan datang, Pendaki SOLO juga akan menjadi IKON kepada prtogram SISWA SIHAT 1MALAYSIA anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan diadakan disetiap universiti diseluruh negeri bermula Jun ini.

Sementara itu, Pendaki SOLO juga bakal menjadi salah seorang speaker pada program Ekspo Inovasi Malaysia yang membabit lapan negeri di seluruh negara.

SANTAI BUKIT BROGA Reviewed by on . SEMENYIH, 31 Mac 2012 — Pendaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin bersama beberapa sukarelawan telah melakukan pendakian di Bukit Broga hari ini sebagai rutin mingguan u SEMENYIH, 31 Mac 2012 — Pendaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin bersama beberapa sukarelawan telah melakukan pendakian di Bukit Broga hari ini sebagai rutin mingguan u Rating: 0
scroll to top