Thursday , 2 July 2020

Home » Gambar » TROWBACK – 01 (1997)

TROWBACK – 01 (1997)

May 1, 2020 5:43 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-
Tugas aku, membuat liputan berita dan gambar secara menyeluruh dalam Projek Malaysia-Everest 97 utk tatapan rakyat melalui Utusan Malaysia.
Tugas aku ni bukan senang, ia memerlukan ketabahan dan kecekalan, di sini aku coretkan bagaimana aku melakukan tugasan yang amat sukar ditempuhi masa itu. Walaupun aku hanya jurugambar tetapi aku juga menghantar berita terkini untuk paparan akhbar utusan setiap hari.
Yang penting gambar dan berita itu sampai di Utusan setiap hari, bagaimana cara menghantar berita dan gambar itu, itu kenalah kreatif sendiri. Nak pecah kepala fikir tau. Bukan mcm sekarang ini hanya di hujung jari._everest003
Apatah lagi, terpaksa proses filem negative secara manual hingga paras Everest Base Camp, memang tak pernah di buat mana-mana jurugambar di dunia, buat apa nak proses, lebih baik hantar aje ke Lab foto di Kathmandu. Klu silap proses… barai boh.. semua rosak. Masa nk proses kena ambil kira juga kerana terlalu sejuk.
Badi aku, Abd Razak Othman Zak sentiasa masak air panas utk proses filem di khemah pada waktu pagi bila matahari memancar. Adakala tak menjadi juga…. Mng frust giler bila tak jadi… habis semua foto yang dirakam rosak.
Lepas itu scan negatif ke computer dan send ke opis… cabaran amat besar ketika di ebc, line satelit tak link dgn moden komputer aku, mcm nak nangis, frust… nasib baik aku kenal sorang mat salleh, dia bantu aku send melalui email. fail foto yang di send sebesar negative. Pening bos aku Syed Agil Bersama En. Kadir, Hj Bob dan Apai Zulazhar Sheblee untuk repair gambar aku itu._everest005troback015
Setiap hari aku kena hantar berita dan gambar, tanpa alasan… aduhh… bila call utusan, mesti Dato

Hassan Mohd Noor

, Dato Zaini, Dato Aziz, Zul Bakar, Wahid Hashim,

Ainol Amriz Ismail Ismail

G. Manimaran dan ramai tanya aku “apa cerita best hari ni” dan guide aku cara buat news yang baik…. walaupun aku bukan wartawan…tapi aku tetap enjoy.

Akhirnya aku diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai jurufoto pertama di dunia yang delevop filem negatif warna secara manual di EBC tahun 1997 dan majlis penyerahan pada 2016 di Utusan Malaysia.
Insyallah suatu hari, aku akan summit kpd World Records sebagai photographer yang pertama di dunia melakukan develop filen negative di EBC.
NEXT:
REACHING THE FRONTIER
1- Climbing 165 hours non-stop Mount Kinabalu for first World Record.
2- Climbing 24 hours non-stop Mount Kinabalu for first junior World Record.
.
TROWBACK – 01 (1997) Reviewed by on . Tugas aku, membuat liputan berita dan gambar secara menyeluruh dalam Projek Malaysia-Everest 97 utk tatapan rakyat melalui Utusan Malaysia. Tugas aku ni bukan s Tugas aku, membuat liputan berita dan gambar secara menyeluruh dalam Projek Malaysia-Everest 97 utk tatapan rakyat melalui Utusan Malaysia. Tugas aku ni bukan s Rating: 0
scroll to top