Thursday , 2 July 2020

Home » Gambar » BILA EBC BERDARAH

BILA EBC BERDARAH

May 7, 2020 11:40 pm by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-
TROWBACK – 03.2 – EBC BERDARAH
(Malaysia Everest 1997)
Aku bersama semua team tiba kawasan perkhemahan di Everest Base Camp (EBC) lebih kurang pukul 12 tengahari pada 26 Mac 1997 selepas hampir dua minggu trekking daripada Lukla. Kelihatan khemah siap sedia dipasang oleh Sherpa yang tiba lebih awal d sini.
Aku macam biasa lah, hiking bersama badi aku, Abd Razak Othman Zak
dan juga Moothy, yang tetap ditemani seorang Sherpa bergerak daripada Gorakshep iaitu kaki Gunung Kalapatthar bermula pukul 8 pagi. Kami bertiga hiking pelahan sambil rakamkan gambar dengan melalui lereng-lereng glasier.releaseTROWBACK005
Sementara team yang lain bergerak lebih pantas menuju ke EBC. Ini kerana keadaan cuaca panas akan berubah kepada berkabus selepas jam 1 tengahari bersama tiupan angin, memang sejuk giler sampai tulang tau.
Untuk sampai di EBC, ia bukan suatu yang mudah tau, bagi akulah, sampai EBC ini pun boleh dikira sebagai satu pencapian peribadi aku, ini kerana aku sendiri tak pernah bermimpi untuk mendaki gunung di luar Malaysia sebelum ini.
Perkampungan Malaysia di EBC ini terdapat satu khemah hitam dipasang bersebelahan khemah aku Bersama badi aku Razak Othman yang dijadikan sebagai surau untuk memudahkan semua team bersolat.
Sementara itu, lebih kurang 20 meter daripada perkhemahan, terdapat tandas yang unik dan memang rare kerana hanya dikelilingi susunan batu didirikan dan di bawahnya pula diletakkan satu tong untuk najis. Hanya boleh buang najis sahaja, tidak boleh menyuci air ke dalam tong itu. (maaf gambar yang saya rakamkan dahulu tidak dapat dikesan lagi)
Aku difahamkan, bila najis hampir penuh di dalam tong itu, ianya akan tutup rapat dan di pikul oleh porter untuk di bawa turun ke Periche. Memang di sekitar EBC ini tidak dibenarkan untuk membuat najis merata supaya terus bersih daripada pencemaran.
Selepas beberapa hari berada di EBC, team members pula giat menjalani latihan pendakian untuk penyesuaian di Khumbu Ice Fall sehingga lah ke kem dua. Permit aku hanya sampai ei EBC sahaja. Tak boleh lebih-lebih mendaki tau…. Kena ikut permit aja tau.
Apa yang membanggakan aku, setiap pagi lagu NegaraKu tetap bergema di EBC. Walaupun cuaca sejuk.
Pada 29 Mac, 10 pendaki yang mempunyai permit untuk mengalas cabaran ke puncak Everest diumunkan, Beliau ialah Mejar Mohd Rizan, Aimy Zairin,Mohd fauzan,Burhan, Zahidi, Choong Kin Wah, Magendran, Mohanadas, Moothy dan Teoh Lee Lee.
Sementara team yang lain team sokongan termasuk aku sebagai pelapor peristiwa dan hanya berkampung di EBC, masing-masing mempunyai tugasan tersendiri.releaseTROWBACK001
Selepas itu pelbagai perancangan dan latihan penyesuaian diri dilakukan oleh para pendaki untuk memastikan terus berkeadaan cergas dan bersedia. Majlis pooja (mengikut kepercayaan tempatan) dilakukan oleh pada pagi 10 April di perkampungan Malaysia yang mana selepas itu para pendaki boleh terus melakukan pendakian sehingga paras yang lebih tinggi dan seterusnya ke puncak Everest. Batuk, sejuk melampau semua dirasai oleh pendaki.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, walaupun kita menjaga kesihatan dan kecergasan macam mana sekali pun, jika itu sudah takdir Illahi, ianya terpaksa akurlah dengan reda aja lah.
Pada petang 19 April, Perkampungan Malaysia di EBC dikejutkan dengan peristiwa cemas apabila pegawai pengiring KBS, Mohd Salleh Ghazali tiba-tiba tenat dipercayai di serang ulser berdarah yang amat serius.
Beliau secara tiba-tiba diserang mundah berdarah dan pendarahan ketika membuang air besar, cirit birit secara tiba-tiba dan tiada selera makan.
Baliau juga yang kelihatan sihat dan sentiasa aktif sebelum ini terpaksa terlantar di khemah dalam keadaan yang lesu dan muka pucat sekali membuatkan Dr. Khoo agak cemas memberi bantuan segera. Ditambah ketika itu keadaan cuaca yang agak sejuk mencapai sehingga -12 Celsius.
Dr. Khoo memyediakan ubatan-ubatan serta empat liter air untuk dimasukkan kedalam tubuh Salleh ekoran kehilangan banyak darah sebelum menerbangkan dengan sebuah helikopter ke hospitakl Kathmandu keesokkannya.
Pada masa yang sama, Ketua Ekspedisi, Nor Ramlee pula sibuk menguruskan penerbangan dan urusan hospital untuk memudahkan pengurusan rawatan yang terbaik pada keesokkan harinya ketika di hospital.
Pada pagi 20 April, sebaik sahaja helicopter mendarat, Mohd Salleh diusung oleh team members dan Sherpa ke helicopter. Turut sama diterbangkan ke hospitak Kathmandu ialah seorang anggota, Abdul Rahman yang mengalami buasir berdarah sebelum ini bagi mendapatkan rawatan di hospital yang sama.releaseTROWBACK002
Alhamdulillah Mohd Salleh mendapatkan rawatan di hospital, Kathmandu, beliau telah diterbang kan ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan seterusnya di dalam negara. Sementara Abdul Rahman pula terus berada di Kathmandu bagi membantu agensi yang menguruskan ekspedisi negara.
Kejadian itu tidak mematahkan semangat pendaki negara untuk mengibakan bendera negara di puncak Everest. — Next text TROWBACK 3.3, tunggu
REACHING THE FRONTIER
1- Climbing 165 hours non-stop Mount Kinabalu for first World Record.
2- Climbing 24 hours non-stop Mount Kinabalu for first junior World Record.
.
BILA EBC BERDARAH Reviewed by on . TROWBACK – 03.2 – EBC BERDARAH (Malaysia Everest 1997) Aku bersama semua team tiba kawasan perkhemahan di Everest Base Camp (EBC) lebih kurang pukul 12 tengahar TROWBACK – 03.2 – EBC BERDARAH (Malaysia Everest 1997) Aku bersama semua team tiba kawasan perkhemahan di Everest Base Camp (EBC) lebih kurang pukul 12 tengahar Rating: 0
scroll to top