Thursday , 2 July 2020

Home » Gambar » TROWBACK – 03.3 – LAGI SAKIT DI EBC

TROWBACK – 03.3 – LAGI SAKIT DI EBC

May 14, 2020 12:09 am by: Category: Gambar, Info, Slider A+ / A-
(Malaysia Everest 1997)
Kejayaan pendaki negara menjejak kaki di puncak Everest yang tertinggi di dunia itu adalah hasil daripada semangat jati diri, ketabahan serta semangat berpasukan yang tinggi atas nama Malaysia Boleh..!.
Aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan di puncak Everest itu kerana aku hanya berada di Everest Base Camp (EBC) sahaja. Sejuk atau panas di kawasan puncak aku sendiri tak dapat nak ceritakan pada anda semua sebab aku tidak melalui keadaan itu.teohlele005
Perubahan cuaca panas atau baik akan berubah secara tiba-tiba di Kawasan puncak itu, aku hanya mengetahui melalui cerita daripada kawan-kawan sahaja, selebihnya aku sendiri tidak dapat nak ceritakan, jika aku sudah melalui keadaan itu, pastinya aku bolehlah coretkan tulisan pengalaman kepada anda semua.
Memang betul mayat bergelempangan dicelah-celah batu yang bersalut air batu bertahun-tahun lamanya, tetapi aku sendiri tidak dapat melihat keadaan itu, bagaimana aku nak ceritakan pada anda semua… kalau nak lihat juga sila lah google aje… sama la seperti aku juga. Ok lah kita abaikan aje…. Aku tulis apa yang aku lihat di depan mata aku ye… yang ini ok aku boleh ceritakan…
Menyentuh kembali pendaki negara yang kembali daripada menjalani latihan penyesuaian diri sehingga kem 3 Everest dan telah kembali ke EBC pada 20 April dan berehat beberapa hari sebelum turun ke Periche untuk mengekalkan oksigen dalam badan dan fitness diri.
Selepas dua hari berada di EBC, Salah seorang pendaki yang baru turun daripada Kem 2, Teoh Lee Lee kelihatan lesu dan tidak bermaya, beliau juga hilang selera makan serta mukanya mula membengkak (sembab).
Sebelum ini, beliau adalah seorang yang peramah berubah menjadi pendiam dan sering mengasingkan diri serta amat kurang bercakap. Pada mulanya semua beranggap hanya terkena badi Kem 2 dan rasa tidak ada apa-apa.
Pada sebelah petang, kira-kira pukul 4 petang, ketika hujan salji turun lebat dan suhu ketika itu dalam -16’C, aku mcm biasalah bila dah terlalu sejuk mesti landing di slipping beg di dalam khemah untuk berehat dan mencari idea untuk menulis berita untuk diterbitkan dalam Utusan Malaysia.
Tiba-tiba badi satu khemah aku, Razak Othman yang berada di khemah makan menjerit memanggil aku yang ketika itu sedang menulis berita.
“Annoo… Annoo… Annoo…. cepat datang sini, Lee Lee sakit teruk ni…bawa kamera…” jerit badi aku memang kuat sekali, macam kat padang kawad aje, biasalah Komando mana tembus, Annoo itu jangan silap tau, nama panggilan aku….. RARE tak…
Tercunggap juga aku membuka langkah untuk sampai di khemah makan itu, walaupun dekat tetapi sejuk giler, mengigil sampai tulang.teohlele002
Bila aku masuk khemah makan itu, kelitahan beberapa pendaki dan anggota sedang mengepam Certec Chamber secara bergilir-gilir yang mana Lee Lee dimasukkan di dalamnya.
Lepas aku merakamkan beberapa gambar, aku tanya badi aku, “Serius ke Lee Lee sakit tu.. Razak..?, Kau tengoklah sendiri kalau tak masuk chamber atau bantuan kecemasan boleh mati any times lah… Alamakkk.. cuak juga aku.
Dr. Khoo terus memantau Lee Lee sepanjang berada di dalam Certec Chamber yang dipamkan oksigen secara bergilir oleh team members yang berada di dalam khemah. Lee Lee berada di dalam Certec chamber selama lebih kurang tiga jam supaya dapat mengembalikan oksigen dalam badan yang sebelum ini mengalami kekurangan atau oksigen dalam badan tak balance.
Menurut Dr. Khoo, Lee Lee diserang penyakit ‘High Altitude Pul. Edeme (HAPPE)’ iaitu paru-paru berair menyebabkan beliau mengalami kurang daya tahan, batuk berterusan, kurang daya ingatan serta tiada selera makan sejak berada di Kem 2 iaitu paras 6,500 meter.
Bantuan segera terpaksa dilakukan dengan memasukkan ke dalam Certec Chamber mesti dilakukan untuk menyelamatkan keadaan dan dipamkan oksigen kerana belia hanya mempunyai 53 peratus oksigen dalam badan.
Punca utama Lee Lee mengalami HAPE kerana beliau tidak dapat menyesuaikan diri pada paras yang lebih tinggi iaitu ketika menuju ke Kem 2.
Bila berada di dalam Chamber itu, tekanan oksigen seperti berada paras ketinggian 2,500 meter supaya dapat menstabilkan kembali pernafasan sementara yang mana ini hanya bantuan kecemasan sahaja.
Selepas itu, Lee Lee kembali sedikit demi sedikit keceriaan namun begitu rawatan itu hanya sementara sahaja, beliau dikehendaki turun ke paras yang lagi rendah keesokan harinya bagi proses memulihkan tekanan oksigen.
Selepas breakfast seleasi keesokkannya, beliau Bersama seorang anggota dan Sherpa mula turun menuju ke Periche, iaitu ke Kawasan yang lagi rendah. Jika keadaan bertambah buruk, beliau boleh mendapat rawatan sebuah klinik di Periche atau akan diterbangkan ke Hospital di Kathmandu.
Selepas tiba di Periche kelihatan beliau semakin bertenaga dan kembali segar dan berehat beberehat beberapa hari. Selepas itu beliau kembali ke EBC untuk Bersama anggota lain. Namun begitu beliau tidak dibenarkan terus mendaki ke Kem 2 kerana bimbang HAPE kembali menyerang.teohlele003
— Next text TROWBACK, tunggu (Maaf jika typo ada eror)
TROWBACK – 03.3 – LAGI SAKIT DI EBC Reviewed by on . (Malaysia Everest 1997) Kejayaan pendaki negara menjejak kaki di puncak Everest yang tertinggi di dunia itu adalah hasil daripada semangat jati diri, ketabahan (Malaysia Everest 1997) Kejayaan pendaki negara menjejak kaki di puncak Everest yang tertinggi di dunia itu adalah hasil daripada semangat jati diri, ketabahan Rating: 0
scroll to top