Monday , 26 June 2017

Home » Info » STAIR CLIMBNG VERTICAL HEIGHT 24 HOURS

STAIR CLIMBNG VERTICAL HEIGHT 24 HOURS

October 23, 2011 9:33 pm by: Category: Info A+ / A-

 

Menteri Pertahanan Malaysia yang juga selaku penaung kepada program Stair Climbing Vertical Height in 24 hours, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan pendakian yang dilakukan oleh pendaki  SOLO yang melakukan pendakian selama 24 jam tanpa henti di tangga Menara Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011 pukul 12 tengah malam.menara

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir untuk menerima sijilpengiktirafan  Guinnees World Records daripada  wakil WGR dari London untuk diserahkan kepada pendaki SOLO sebaik sahaja pendakian selesai tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Disember 2011.

menara-159x300Majlis penyerahan akan dilakukan di awal tahun baru pada 1 Januari 2012.

pendaki SOLO akan melakukan sekurang-kurang 70 kali pendakian di tangga yang mempunyai sebanyak 2,058 anak tangga dengan jarak keseluruhan 19,740 meter dalam tempoh 24 jam.

Sebelum ini, pendaki Switzerland, Kurt Hess di tangga Menara Esterli, Lenzburg, Switzerland, sebanyak 413 kali pada ketinggian 45 meter pada 2007. Beliau melakukan pendakian sejauh keseluruhan 18,600 meter dalam tempoh 24 jam.

Jika pendaki SOLO berjaya, nama beliau akan dimasukkan di dalam Guinnees World Book of Records sebagai mengantikan nama Kurt Hess.

STAIR CLIMBNG VERTICAL HEIGHT 24 HOURS Reviewed by on .   Menteri Pertahanan Malaysia yang juga selaku penaung kepada program Stair Climbing Vertical Height in 24 hours, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi aka   Menteri Pertahanan Malaysia yang juga selaku penaung kepada program Stair Climbing Vertical Height in 24 hours, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi aka Rating: 0
scroll to top